Menyembelih haiwan korban adalah ibadah yang sangat agung. Ianya adalah ibadah yang dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Ibadah korban, adalah ibadah yang dilakukan dengan sifat hamba yang tamakkan redha Allah dan mensyukuri setiap nikmatnya.
Allah subhanahu wa taala bukan sahaja memerintahkan kita untuk melakukan sembelihan, tetapi Allah juga menyediakan ganjaran yang hebat buat setiap hambaNya yang melakukan ibadah ini dengan ikhlas dan penuh rasa syukur. Bagi semua umat Islam yang berkemampuan, yang ada duit, lakukanlah ibadah sembelihan.
Carilah haiwan yang terbaik, tempat sembelihan yang terbaik, jadikanlah ianya ibadah yang terbaik. Kalau kita kaya, lakukanlah sesuai kekayaan kita. Kalau kita hanya ada sekadarnya, lakukanlah sesuai dengan kemampuan kita.
Untuk melaksanakan ibadah sembelihan, samada untuk Qurban, Aqiqah untuk anak-anak, Dam Umrah atau Haji, mahupun sembelihan Nazar, adakalanya kita berhadapan dengan masalah tiada tempat yang sesuai, kos yang tinggi, ataupun bajet kita yang agak rendah untuk mengerjakan ibadah sembelihan.
Insyaallah, kami di Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd. dapat membantu anda dalam melaksanakan ibadah sembelihan ini di tanah suci Makkah. Antara keistimewaan Ibadah sembelihan bersama kami adalah :
1. Akad yang jelas dan urusan yang mudah hanya di hujung jari.
2. Mempunyai pengalaman hampir 15 tahun mengendalikan ibadah sembelihan di Arab Saudi.
3. Sembelihan dilaksanakan di Makkah al-Mukarramah.
4. Sembelihan sambil beramal melalui program agihan daging sembelihan yang dimasak kepada golongan fakir dan miskin di Makkah al-Mukarramah.
5. Anda akan menerima video & gambar haiwan sembelihan sebagai bukti pelaksanaan.
6. Yang penting, anda bakal menikmati penjimatan sehingga 50% berbanding pelaksanaan sembelihan di Malaysia.
Nota :
Harga bermula hanya RM600.00 untuk seekor kambing. Pilihan kambing sembelihan adalah mengikut jenis dan berat, dan kami mengenakan caj tambahan RM 150.00 per ekor sebagai caj upah pengurusan. Anda juga boleh memilih tambahan untuk dimasak dan diagihkan atau dijamu kepada para jemaah Umrah / Haji dengan tambahan caj RM 300.00 seekor sebagai upah masak. Bagi pembelian 4 ekor dan keatas, caj upah pengurusan adalah RM 200 seekor (diskaun RM 50 seekor).
PILIHAN KAMBING SEMBELIHAN
PAUTAN UNTUK JEMAAH
Facebook : https://www.facebook.com/shhofficialfb/
Youtube : https://www.youtube.com/@lensahajiumrahmalaysia
Hotline (whatsapp) : www.wasap.my/60167588708/Sembelihan