ANSURAN BERANGKAT UMRAH   
ANSURAN BERANGKAT UMRAH 90 (ABU90)
- Pendaftaran RM 500.00 seorang (dikira sebagai deposit Umrah).
 - Kadar ansuran bulanan RM 90.00 seorang (bermula bulan kedua).
 - Wajib aktif ansuran sekurang-kurangnya 24 bulan.
 - Ahli ABU90 boleh memilih mana-mana pakej Umrah 6 bulan sebelum penerbangan.
 - Baki bayaran Umrah selepas ditolak daripada ansuran perlu diselesaikan selewat-lewatnya 90 hari sebelum penerbangan.
 - Voucher diskaun Umrah bernilai RM 1,500.00 bagi ahli ABU90 untuk Pakej Umrah Kembara dan Premium sahaja.
 
ANSURAN BERANGKAT UMRAH 200 (ABU200)
- Pendaftaran RM 500.00 seorang (dikira sebagai deposit Umrah)
 - Kadar ansuran bulanan RM 200.00 seorang (bermula bulan kedua).
 - Wajib aktif ansuran sekurang-kurangnya 24 bulan.
 - Ahli ABU200 boleh memilih mana-mana pakej Umrah 6 bulan sebelum penerbangan.
 - Baki bayaran Umrah selepas ditolak daripada ansuran perlu diselesaikan selewat-lewatnya 90 hari sebelum penerbangan.
 - Voucher diskaun Umrah bernilai RM 1,500 bagi ahli ABU200 untuk semua pakej Umrah Salam Hijrah Holiday.
 - Diskaun Umrah bernilai RM 1,200.00 seorang bagi 4 orang ahli keluarga yang berangkat Umrah bersama ahli ABU200.
 

  TERMA & SYARAT  
  ANSURAN BERANGKAT UMRAH  
- Pendaftaran bersama deposit Umrah RM 500.00 seorang.
 - Deposit adalah dikira sebagai deposit Umrah. TIADA PEMULANGAN DEPOSIT dibenarkan.
 - Setiap ahli akan menerima e-Sijil Ansuran Berangkat Umrah melalui emel dengan nombor ahli sebagai rujukan pembayaran.
 - Pembayaran bulanan boleh dilakukan secara tunai dan direkodkan melalui laman web ini (sila nyatakan nombor ahli di ruangan nama dalam pembayaran).
 - Pembayaran bulanan boleh dilakukan dengan pilihan 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan secara terus.
 - Pembayaran bulanan hendaklah dilakukan sebelum 28 haribulan.
 - Setiap pembayaran bulanan akan dikira sebagai bayaran Umrah.
 - Setiap ahli perlu komited dengan pembayaran bulanan minimum selama 24 bulan.
 - Sekiranya anda gagal untuk melakukan bayaran bulanan, maka pengiraan bulan tabungan adalah berdasarkan kepada bulan yang dibayar sahaja.
 - Ahli Ansuran Berangkat Umrah (ABU) boleh mula memilih pakej Umrah selepas 24 bulan aktif ansuran.
 - Pakej yang dipilih adalah 6 bulan sebelum penerbangan, dan bayaran baki pakej selepas diskaun perlu diselesaikan selewat-lewatnya 90 hari (3 bulan) sebelum penerbangan.
 - Setiap ahli bakal menikmati diskaun mengikut jenis pakej ansuran masing-masing.
 - Program ansuran ini adalah patuh syariah, bebas dari sebarang aktiviti riba.
 - Pilihan dan pendaftaran pakej adalah melalui laman web www.salamhijrah.com sahaja.
 - Deposit bagi pendaftaran pakej Umrah adalah dikecualikan, dan ahli perlu mengisikan kupon pendaftaran pada ruang kupon bayaran. Kupon akan diberikan melalui emel anda.
 - Pembatalan ansuran boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan pemulangan penuh bayaran ansuran (tidak termasuk deposit Umrah) akan diproses dalam tempoh 90 hari (3 bulan) dari tarikh pembatalan.
 
  PAUTAN UNTUK JEMAAH  
Facebook : https://www.facebook.com/shhofficialfb/
Youtube : https://www.youtube.com/@lensahajiumrahmalaysia
Hotline (whatsapp) : www.wasap.my/60167588708/onpay